Friday, July 30, 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Wednesday, July 21, 2010

Wahai Muslimah, Ringankanlah Maharmu!


Bersama izin wali, kerelaan calon mempelai wanita, dan saksi, mahar menjadi syarat sahnya akad nikah. Mahar adalah harta yang diberikan pihak calon suami kepada calon istrinya untuk dimiliki sebagai penghalal hubungan mereka. Allah SWT berfirman, “Dan berikanlah maskawin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan.” (An-Nisa’ 4).

Dalam tafsirnya, Imam Al-Qurthubi menafsirkan ayat di atas dengan mengatakan, “Ayat ini menunjukkan adanya kewajiban atas seorang suami untuk memberikan mahar bagi istri. Hal demikian sudah menjadi kesepakatan para ulama dan tidak ada perselisihan dalam masalah ini.” Allah menyatakan, “Berikanlah maskawin kepada mereka sebagai suatu kewajiban.” (An-Nisa’ 24).

Mahar ini menjadi hak istri sepenuhnya, sehingga bentuk dan nilai mahar ini pun sangat ditentukan oleh kehendak istri. Syariat Islam tidak menentukan batasan minimum atau maksimum untuk mahar pernikahan. Dan bisa saja mahar itu berbentuk uang, benda atau pun jasa, tergantung permintaan pihak istri. Namun syariat menganjurkan wanita agar meringankan mahar kepada calon suaminya dan tidak berlebihan, guna memudahkan proses pernikahan dan menghindari maraknya perzinaan.

… Islam mengajarkan wanita agar meringankan mahar dan menyederhanakannya serta tidak melakukan persaingan…

Dalam fatwanya, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menyatakan bahwa Islam mengajarkan wanita agar meringankan mahar dan menyederhanakannya serta tidak melakukan persaingan, sebagai pengamalan kita kepada banyak hadits yang berkaitan dengan masalah ini, untuk mempermudah pernikahan dan untuk menjaga kesucian kehormatan pemuda-pemudi.

Meski demikian, lanjut Syaikh Bin Baz, para wali tidak boleh menetapkan syarat uang atau harta (kepada pihak lelaki) untuk diri mereka, sebab mereka tidak mempunyai hak dalam hal ini; ini adalah hak perempuan (calon istri) semata, kecuali ayah. Ayah boleh meminta syarat kepada calon menantu sesuatu yang tidak merugikan putrinya dan tidak mengganggu pernikahannya. Jika ayah tidak meminta persyaratan seperti itu, maka itu lebih baik dan utama.

Allah SWT berfirman, “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya.”(An-Nur: 32).

…Rasulullah mengajarkan kepada umatnya untuk mempermudah urusan, bukan mempersulit, demikian pula dalam hal mahar untuk pernikahan…

Selain itu, Rasulullah mengajarkan kepada umatnya untuk mempermudah urusan, bukan mempersulit, demikian pula dalam hal mahar untuk pernikahan. Dikutip dari Ishlah An-Nisa’; fi Al-‘Aqidah wa Al-‘Ibadah wa Al-Bait wa As-Suluk, Al-Bukhari meriwayatkan hadits dari Sahl bin Sa’ad bahwa ada wanita yang mengajukan dirinya untuk dinikahi, oleh Rasulullah, namun beliau menolaknya. Lalu ada seorang sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, nikahkanlah aku dengannya.” Beliau pun bertanya, “Apa yang engkau miliki (sebagai mahar)?” Sahabat itu menjawab, “Aku tidak memiliki apa pun.” Rasulullah berkata, “Kalau begitu, pergi dan carilah mahar, walaupun hanya sebuah cincin dari besi.”

Sahabat itu pun pergi kemudian datang lagi seraya melapor kepada Nabi, “Demi Allah aku tak menemukan apa pun termasuk cincin besi. Namun aku memiliki kain ini, dan untuknya (sebagai mahar) separuh kain ini.” Nabi balik bertanya, “Apa yang dapat engkau lakukan dengan kainmu itu? Jika engkau mengenakannya, dia tidak bisa memakainya. Sebaliknya jika dia yang mengenakannya, maka engkau tidak bisa memakainya.”

Sahabat itu pun lalu duduk. Setelah duduk lama, dia pun bangkit. Nabi melihatnya, lalu beliau memanggilnya. Nabi bertanya, “(Hafalan) apa yang engkau punya dari Al-Qur’an?” Dia menjawab, “Aku punya hafalan beberapa surat; surat ini dan surat itu.” Nabi pun bersabda, “Aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar hafalan surat yang engkau miliki.”

Beliau pun melarang para muslimah berlebihan dalam menetapkan mahar pernikahan. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya perkawinan yang besar keberkahannya adalah yang paling murah maharnya. Dan beliau bersabda: perempuan yang baik hati adalah yang murah maharnya, memudahkan urusan perkawinannya dan baik akhlaknya. Adapun perempuan yang celaka yaitu yang mahal maharnya, menyusahkan perkawinannya, dan buruk akhlaknya.”

…Rasulullah bersabda, Sesungguhnya perkawinan yang besar keberkahannya adalah yang paling murah maharnya…

Ajaran Islam yang mudah pun menetapkan bahwa mahar tidak selalu berbentuk materi fisik atau hal-hal yang merefleksikan kekayaan dan kesejahteraan. Selain harta kekayaan, mahar bisa berupa sesuatu yang diambil upahnya (jasa) dan manfaat yang akan kembali kepada sang wanita, seperti keislaman dan hafalan Al-Qur’an.

Imam An-Nasa’i meriwayatkan hadits shahih, bahwasanya Anas bin Malik menuturkan, “Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keislaman dirinya. Adalah Ummu Sulaim masuk Islam sebelum Abu Thalhah. Abu Thalhah bermaksud meminang dirinya. Ummu Sulaim menjawab, “Sungguh aku telah masuk Islam. Apabila engkau masuk Islam, aku bersedia menikah denganmu. Lalu Abu Thalhah pun masuk Islam, dan hal itu menjadi mahar bagi pernikahan di antara keduanya.

Dalam riwayat lain diterangkan bahwa Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim. Ummu Sulaim menjawab, “Demi Allah wahai Abu Thalhah, tak ada seorang seperti dirimu pantas ditolak, namun sayang engkau ini orang kafir. Sedangkan aku ini wanita muslimah, dan tak boleh menikah denganmu. Bila engkau mau masuk Islam, itulah maharku dan aku tidak minta yang lain lagi.”

Abu Thalhah pun kemudian masuk Islam, dan itulah mahar untuk menikahi Ummu Sulaim. Tsabit Al-Bannani, seorang tabiin terkemuka, mengomentari riwayat tadi dengan mengatakan, “Aku tidak mendengar lagi ada wanita yang maharnya lebih mulia ketimbang maharnya Ummu Sulaim. Mereka pun menikah dan mendapatkan keturunan.”

…Hikmah di balik anjuran untuk meringankan mahar adalah mempermudah proses pernikahan. Berapa banyak laki-laki yang mundur teratur akibat adanya permintaan mahar yang tinggi?…

Wahai ukhti muslimah, lihatlah bagaimana wanita shalihah seperti Ummu Sulaim yang lebih mengutamakan agama daripada nafsu syahwat. Mahar Ummu Sulaim menjadi sebaik-baik mahar di dalam Islam. Hikmah di balik anjuran untuk meringankan mahar adalah mempermudah proses pernikahan. Berapa banyak laki-laki yang mundur teratur akibat adanya permintaan mahar yang tinggi?

Syariat Islam menetapkan aturan-aturan yang mudah dan mulia. Tidak perlulah para muslimah mengikuti wanita-wanita jahiliyah yang berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar dan merasa bangga dengan hal itu. Betapa kasihannya para wanita yang tidak kunjung menikah karena menetapkan mahar yang begitu tinggi. Dengan demikian, permudah dan ringankanlah maharmu wahai muslimah

Pandangan Mata Lelaki


BISMILLAHIRRRAHMANIRRAHIM

Syukur kita ke hadrat Ilahi krn sehingga sekarang kita masih lgi bpluang menghidu udara yang free ini.

Saya ingin berkongsi sesuatu kpd kaum hawa yg sudah tahu, yg blum tahu atau yg sudah tahu tapi buat2 x tau. Ianya adalah berkaitan dgn pandangan lelaki.

Kita sedia maklum yg lelaki ini mempunyai 1 nafsu dan 9 akal. Jadi, kaum lelaki boleh menggunakan 9 akal untuk menuruti kemahuan nafsu. Terdapat banyak benda yg boleh dihuraikan melalui ayat saya sebelum ini. Jadi saya ingin mengambil skop kecil daripada itu.

Tahu x kamu wahai kaum hawa apa yg akan di pandang oleh mu oleh kebanyakan kaum lelaki? Mostly lelaki suka memandang dada kaum hawa dan suka membuat penilaian dan perbandingan dgn kaum hawa yg lain. Mereka juga suka memandang rambut, punggung, betis dan lengan.

Justeru itu, saya menyeru kepada kaum hawa semua supaya menjaga nilai kewanitaan.
Pakailah tudung yg betul2 menutup dada, pakailah pakaian labuh yg menutup punggung, elakkanlah memakai legging kerana bentuk kaki juga boleh menimbulkan keghairahan kaum adam. Selain itu, jagalah aurat lengan dan kaki. Dosa wanita yang belum berkahwin ditanggung oleh si ayah manakala dosa wanita yang sudah berkahwin ditanggung oleh si suami.

Sekian saja daripada saya. Apa yg baik itu datang dari Allah dan apa yg buruk itu juga datang dari Allah tetapi atas kelamahan diri saya sendiri. Wallahualam.

Tuesday, July 20, 2010

Doa Taubat

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-doa-taubat-iktiraf-raihan.html#ixzz0uC6zQ7CV

Monday, July 19, 2010

Allah Ownself Praise Prophet Mohammad

1. “ Mohammadur Rasulullah”- Mahammad (sm) is the Prophet/ Rasul of Allah. ( Sura Fatah- 29)

2. “ Wama Arsalnaka Ella Rahmatullil Alamin”- I have sent you as the benignancy (Rahmat) to this world. ( Sura Ambia- 107 )

3. “ He has sent his prophet ( Mohammad) with proper guidance and true religion for awarding supiriority over all religion, although the nonbelievers dislike that.” ( Sura Saffa-9)

4. “ I have sent you (Mohammad) to all the human being as the best messenger and warner , although most of the men do not know that”.( Saba-28 )

5. “I (Allah) have enlightened him { Mohammad (sm)} with storehouse of kindness and knowledge on my behalf”. ( Quran)

6. “ I have sent you as Prophet to the whole mankind and for this witness of Allah is good enough. A man who followed the prophet as if he followed Allah. ( Nisa- 80 )
7.Prophet Mohammad (sm) has said: a. “Awalu Ma Khalakallahu Noori”. - Allah has created my Noor at first. b. “Kuntu Nabian Wa Adama Bainal Maye Wattin”.- When Adam (Alaihessalam) is in Water and Mud (i.e When Adam was not Created) at that time I am prophet.
LOVE FOR ALLAH AND HIS PROPHET (pbuh)
1. “ Ahabbu Elaikum Minallahi” - Friendship/Love with Allah should be the greatest. ( Al Quran )

2. “If you love Allah , then you follow me, so that Allah also love you and excuse your sins.” ( Al Imran 31 )

3. “ He who will follow the order of Allah and Rasul (sm) , he will be the companion of those, to whom Allah has gifted blessings.” - ( Nisa 69 )

4. Prophet Mohammad (sm) has said , “ Greatest stage of Mohabbat (Love & respect) is to be satisfied to the wish of Allah. ( What ever thing happens is by the wish of Allah).” ( Al Hadis )

5. “ Al Marwu Maan Ahabba.” - Man will stay with him, whom he loves. ( Al Hadis )

6. In reply to a question “What is Iman (Belief)?” Prophet Mohammad (sm) has said, “Iman ( Belief) is the greatest Mohabbat (Love & Respect) with Allah and Rasul (sm). Nobody will be Kamil Mumin ( perfect believer) untill he will not Love Allah and Rasul more than the life, wealth, family members and everything of the world”. (Al Hadis)

7. Important aspects of ensuring Mohabbat (Love &Respect) for Allah are as follows:
a. Don’t be afraid of death ,rather always be ready for death.
b. To be ready to leave/sacrifice the most favorite thing even the friends & relatives for the Mohabbat (love) of Allah and to be interested to the favorite things of Allah leaving own favorite things.
c. To remain engaged in the prayer and Jikir ( Remembering) of Allah by heart (kalb) and tongue and never be reluctant to that in any circumstances. d. Keep Mohabbat (Love & respect) for the Kalam of Allah (Quran) and other thing closely related to Allah.
e. Maintain loneliness even staying with many people and keep concentration on Allah in every work.
f. To attain such a position, so that a feelings and pleasure is created for the Mohabbat of Allah. g. Have Mohabbat towards the pious men of Allah and be harsh and annoyed with Kafirs and Nafarmans (disobedient/Ungrateful).

So the only Word" Love- Love Love" for Prophet & Allah will guide you in right track.
Ameen

Remember Our Beloved Rasulullah (SAW)

RASULULLAH (SAW) SAID: "A WORD OF WISDOM IS THE LOST PROPERTY OF A MUSLIM. HE SHOULD SEIZE IT WHEREVER HE FINDS IT." (TIRMIZI) "THE INSPIRATION OF A MUSLIM."

1) When becoming humiliated, remember the Rasulullah (SAW) in Ta’if.
2) When being starved, remember Rasulullah (SAW) tying two stones to his stomach in the battle of Khandaq.
3) When becoming angry, remember the Rasulullah (SAW) control of anger on the martyrdom of his beloved Uncle Hamza (RA).
4) When losing a tooth, remember Rasulullah (SAW) tooth in the battle of Uhud.
5) When bleeding from any part of the body, remember Rasulullah (SAW) body covered in blood on his return from Ta’if.
6) When feeling lonely, remember Rasulullah (SAW) seclusion in Mount Hira.
7) When feeling tired in Salaat (prayer), remember Rasulullah (SAW) blessed feet in Tahajud (night prayer).
8) When being prickled with thorns, remember Rasulullah (SAW) pain from Abu Lahab’s wife, who scattered thorns in his path so that she may cause him pain.
9) When being troubled by neighbours, remember the old woman who would
empty rubbish on Rasulullah (SAW).
10) When losing a child, remember Rasulullah (SAW) son, Ibrahim.
11) When beginning a long journey, remember Rasulullah (SAW) long journey to Medina.
12) When going against a Sunnah, remember Rasulullah (SAW) intercession, for us (Ummati, Ummati, Ummati) (My Nation).
13) When sacrificing an animal, remember Rasulullah (SAW) sacrifice of 63 animals for his Ummah.
14) Before shaving your beard, remember Rasulullah (SAW) face rejecting the two beardless Iranians.
15) When falling into an argument with your wife, remember Rasulullah (SAW) encounter with Aisha and Hafsa.
16) When experiencing less food in the house, remember Rasulullah (SAW) days of poverty.
17) When experiencing poverty, remember Rasulullah (SAW) advice to Ashaab-e-Suffa (People of Suffah).
18) When losing a family member, remember Rasulullah (SAW) departure from this world.
19) When becoming an orphan, remember the Rasulullah (SAW) age at six.
20) When sponsoring an orphan, remember Rasulullah (SAW) sponsor for Zaid ibn Haritha.
21) When fearing an enemy, remember Rasulullah (SAW) saying to Abu Bakr (RA) in Mount Thaur.

“Whatever situation you may find yourself in, remember your role model, the best of creation: Our Beloved Rasulullah (SAW)

Sunday, July 18, 2010

Kisah Benar



Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Thursday, July 15, 2010

Doa


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Alhamdulilah,segala puji hanyalah bagi Allah…
sembahyang
“Ya Allah ya tuhanku,berikanlah daku friskies bersama susu”
Fasal pada menyatakan diantara penghalang termaqbulnya doa… (1)
Dan diantara penghalang yang menghalang dari termaqbulnya doa seseorang itu ialah apabila dia menginginkan supaya doanya cepat termaqbul,dan merungut apabila doanya lambat termaqbul lalu dia pun berputus asa seterusnya meninggalkan terus daripada berdoa,maka keadaan orang sedemikian tidak ubah seperti seseorang yang menyemai benih atau menanam tanaman,yang mana pada mulanya dia begitu menjaganya dengan baik dan sentiasa menyiramnya dengan rajin,kemudianya apabila dia melihat benih atau tanaman tersebut lambat membuahkan hasil dia pun sudah tidak menghiraukanya lagi serta sudah tidak menyiramnya…
Di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Bukhari ada menyatakan bahawa : Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu,sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah bersabda :
يستجب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي
Bermaksud : “Akan dimaqbulkan doa seseorang itu jika dia tidak tergesa-gesa (mahukan doa cepat dimaqbulkan dan merungut apabila lambat dimaqbulkan) sambil berkata : Aku sudah pun berdoa,tetapi tidak dimaqbulkan langsung” (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Manakala di dalam sebuah hadith lain pula riwayat Imam Muslim ada menyatakan tentang ini :
لا يزال يستجاب للعبد ما لم يدع بإثم أو قطيعة رحم, ما لم يستعجل, قيل يا رسول الله ما الإستعجال؟ قال : يقول قد دعوت و قد دعوت فلم أر يستجاب لي فيستحسر عند ذلك ويدع الدعاء
Bermaksud : “Doa seseorang hamba itu akan termaqbul selagimana dia tidak mendoakan sesuatu yang mendatangkan dosa atau sesuatu yang boleh menyebabkan terputusnya silaturrahim,dan selagimana dia tidak tergesa-gesa,lalu ditanyakan kepada baginda : Ya rasulallah,bagaimanakah tergesa-gesa itu? baginda berkata : Apabila dia berkata sesungguhnya aku ini sudah pun berdoa dan berdoa tetapi aku merasakan doaku itu tidak dimaqbulkan,lalu dia pun berputus asa dari berdoa seterusnya meninggalkan terus dari berdoa”
Maka berjaga-jagalah wahai saudaraku sekalian daripada sifat mudah berputus asa apabila kalian mengharap kepada Allah akan sesuatu,kerana dikhuatiri sikap sedemikian bakal membuatkan kalian meninggalkan berdoa kepada Allah dan berputus asa untuk meminta apa-apa yang dihajati seterusnya tidak menjadikan Allah sebagai tempat meminta dan bersandar segala perkara,makanya di dalam setiap doa kalian cubalah sedaya mungkin jangan merasakan :
(1) Tergesa-gesa mahu dimaqbulkan doa tersebut
(2) Merungut-rungut apabila merasakan doa tersebut tidak dimaqbulkan dengan berkata : Aku sudah pun berdoa banyak kali tetapi tidak dimaqbulkan!!
(3) Terbit rasa putus asa untuk meminta kepada Allah
(4) Meninggalkan berdoa pada Allah (Nauzubillahi min zaalik)
Tetapi hendaklah kalian merasa dengan yaqin bahawa doa kalian pasti akan dimaqbulkan,selagimana doa tersebut bukan untuk sesuatu yang bakal mendatangkan dosa dan maksiat serta bukan juga untuk memutuskan silaturrahim…
ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه
Bermaksud : “Berdoalah kalian kepada Allah dan kalian berasa yaqin akan termaqbulnya doa tersebut,ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memaqbulkan doa seseorang yang hatinya lalai dan alpa” (hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Al-hakim di dalam Mustadraknya dan At-Thobrani di dalam Ad-Doa’,Ibnu A’diy dan Ibnu Hibban dengan sanad yang dhoif)
doa
“Ya Allah,aku berdoa kepadamu dengan penuh mengharap”
Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa…
Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya :
(1) Di sepertiga malam
(2) Ketika dilaungkan azan
(3) Di antara azan dan Iqamah
(4) Sejurus selepas solat-solat wajib
(5) Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan
(6) Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat)
Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya,penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi,merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa yang dipinta,menghadapkan dirinya ke arah qiblat,berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk,mengangkat tanganya ketika berdoa,mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu,memberikan selawat serta salam kepada baginda nabi sallallahu alaihi wassalam ,dan dahuluilah doanya itu dengan bertaubat serta meminta ampun kepada Allah, dan bertawassul doanya itu dengan nama-nama Allah yang maha suci…
Dan ingatlah bahawa sesungguhnya keadaan berdoa dengan sedemikian rupa dengan izin Allah tidak akan ditolak selamanya,lebih-lebih lagi apabila kena dengan waktu-waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa seperti yang dinyatakan tadi seperti yang dikhabarkan oleh baginda nabi dan doa itu pula dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,sebagai pedoman antaranya :
“Dari Abdullah Bin Buraidah daripada ayah beliau sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah terdengar seorang lelaki berkata :
اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد فقال : لقد سأل الله بالإسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطى وإذا دعي به أجاب
Bermaksud : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan aku bersaksi bahawa engkaulah Allah tiada tuhan selain engkau,Yang Maha Satu,tempat meminta segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiadalah sesuatu yang setara dengaNya,maka berkatanya baginda nabi : Sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang maha agung,yang mana jika meminta denganya pasti akan diberi dan jika berdoa denganya pasti akan dimaqbulkan” (riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban)
Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban : “Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan dari Anas Bin Malik dan Rabia’h Bin A’mir dari baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,sesungguhnya baginda telah bersabda :
ألظّوا بيا ذالجلال والإكرام
Bermaksud : Berpeganglah kalian dengan kalimah “Ya Zal Jalali Wal Ikram” (di dalam doa kalian)
“Dari Ibnu Abbas sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah membaca doa ini dikala dilanda kesusahan :
لا إله إلا الله العظيم الحليم, لا إله إلا الله رب العرش العظيم,لا إله الا الله رب السموات ورب العرش الكريم
(hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
dan berbagai lagi doa-doa dari baginda nabi yang dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,bertawassul lah dengan nama-nama suci ini di dalam doa-doa kalian,dengan izin Allah akan diperkenankan…
Dan betapa banyak kita dapati doa-doa dari berbagai orang yang dimaqbulkan doanya,yang mana mereka menyertakan di dalam doa-doa mereka itu dengan penuh tawajjuh dan menghadhirkan hati mereka di dalamnya,ataupun mereka telah membuat segala macam kebaikkan sebelum berdoa dan Allah maqbulkan doa-doa mereka itu sebagai balasan terhadap amalan kebaikkan tersebut,ataupun waktu mereka berdoa kena dengan waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa oleh Allah,lalu doanya dimaqbulkan….
Maka orang lain yang melihat pun bersangka bahawa rahsia di sebalik doanya itu dimaqbulkan adalah disebabkan lafaz-lafaz yang dilafazkanya di dalam doanya,maka orang itu pun menggunakan lafaz-lafaz yang digunakan oleh insan yang dimaqbulkan doanya itu,maka hal sedemikian tidaklah ubah seperti seseorang yang makan ubat yang sangat berkesan dan mujarab yang mana dia memakanya pada waktu yang sepatutnya dan dengan cara yang sebetulnya,maka sembuhlah penyakitnya disebabkan perlakuan tersebut,dan orang lain yang melihat hal sedemikian pun menyangka bahawa ubat tersebutlah sahaja penyebab ubat itu sangat mujarab dan berkesan,maka sedarlah kalian bahawa hal itu sangat bersalahan sama sekali!! yang mana ianya merupakan perkara yang selalu menjadi kesalahan orang ramai…
Begitulah juga,jika seseorang yang berdoa dan merintih dengan penuh terdesak di kuburan dan dimaqbulkan pula doanya,maka bersangkalah orang yang jahil bahawa rahsia di sebalik doanya dimaqbulkan adalah dengan berdoa di kuburan,sedangkan dia tidak mengetahui bahawa rahsia disebaliknya adalah disebabkan rintihanya dan pengharapanya yang ikhlas terhadap Allah,yang mana adalah terlebih baik jika dia berdoa di masjid dan dimaqbulkan pula oleh Allah yang mana keadaan sedemikian adalah lebih diredhai oleh Allah…
doa2
“Ya Allah,kabulkanlah doa dan permintaanku ini”
Fasal pada menjawab satu soalan yang sangat masyhur dipertanyakan…
Terdapatnya satu soalan yang masyhur dipertanyakan,iaitu : Jika sesuatu yang diminta itu telah pun ditaqdirkan akan di maqbulkan maka sudah pasti dan sudah semestinyalah akan termaqbul,samada seseorang itu berdoa ataupun dia tidak berdoa,manakala jika yang diminta itu telah pun ditaqdirkan tidak terjadi,maka sudah semestinyalah ianya takkan terjadi,sama sahaja halnya samada seseorang itu meminta atau tidak meminta untuk terjadi??
Lalu orang-orang yang jahil pun mempercayai perkataan sedemikian,lalu meninggalkan pada berdoa dan berkata : “Tiada faedahnya aku ini berdoa”!! Wah,senangnya hidup ini!!
Makanya daku katakan kepada mereka : Jikalaulah kenyang selepas makan itu telah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah semestinyalah kalian akan kenyang selepas makan,samada kalian makan atau tidak makan sama sahaja halnya,dan jika ia tidak ditaqdirkan akan berlaku,sudah pasti tidak akan berlaku,begitulah juga jika mendapat anak itu sudah ditaqdirkan kepada kalian,maka sudah pastilah kalian akan mendapat anak tersebut,sama sahaja halnya jikalau kalian menyetubuhi isteri-isteri kalian atau pun tidak,pasti akan dapat,manakala jikalau telah ditaqdirkan kalian tidak beroleh anak,pasti tidak akan mendapatnya,maka tidak perlulah kalian berkahwin!!!
Maka apakah orang yang berkata sedemikian ini seorang yang beraqal atau manusia?? bahkan mereka ini sebenarnya adalah seperti lembu dan kambing yang mana sememangnya ia tahu bahawa keperluan mencari makanan dan minuman untuk beroleh tenaga dan meneruskan hidup mereka,bukankah lembu dan kambing adalah terlebih mengetahui dan lebih memahami perkara tersebut berbanding mereka?? bahkan keadaan mereka lebih teruk dari haiwan tersebut!!
Dan ada juga orang yang “lebih pandai” daripada mereka ini dengan berkata : Bawasanya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu ibadat sahaja yang mana Allah kurniakan pahala kepada pelakunya,sesungguhnya berdoa itu tidak memberikan apa-apa kesan pun kepada apa yang diminta,dan pada mereka,tiadanya beza langsung samada berdoa dengan menghadhirkan hati,merintih dan mengucapkan doa dengan lisan dengan orang yang tidak berdoa untuk mengharapkan sesuatu,maka sama sahaja di antara orang yang hanya duduk berdiam diri dengan orang yang berdoa…pandainya!!
Tetapi ada juga orang yang “terlebih pandai” dari kedua kaum ini,mereka berkata bahawa : Sesungguhnya berdoa itu tidak lebih hanyalah suatu tanda,iaitu Allah jadikanya hanyalah sebagai suatu tanda bahawa sesuatu yang di pinta bakal termaqbul,dan apabila Allah telah membuatkanya berdoa,maka ianya adalah suatu tanda kepadanya bahawa hajatnya sudah pun termaqbul,yang mana ianya adalah seperti : Apabila kita melihat awan mendung di langit di waktu musim sejuk,maka ianya adalah tanda dan alamat bahawa hari akan hujan!!
Dan mereka juga berkata : Beginilah juga halnya bahawa amalan-amalan ketaatan adalah suatu tanda mendapat pahala,dan amalan-amalan maksiat dan mungkar adalah suatu tanda mendapat dosa,bagi mereka ianya tiada kaitan langsung dengan ‘Al-Asbab’,dan sesungguhnya anggapan sedemikian adalah bersalahan dari segi aqal dan fitrah,syarak dan anggapan orang-orang bijak pandai,bahkan anggapan tersebut bakal digelakkan oleh orang-orang yang bijak…
Kataku : Sesungguhnya mereka terlupa bahawa sesuatu yang ditaqdirkan itu telah pun ditaqdirkan dengan sesuatu yang dipanggil sebagai Al-Asbab,dan di antara Asbab tersebut adalah DOA!! Sesungguhnya sesuatu itu tidak ditaqdirkan tanpa sebab,tetapi sesuatu itu ditaqdirkan dengan sebab,dan bilamana seseorang itu melakukan sebab,maka akan berlakulah apa yang ditaqdirkan itu,dan apabila dia tidak melakukan sebab,tidak akan berlakulah apa yang ditaqdirkan tersebut,contohnya seperti : Jika ditaqdirkan kenyang itu terjadi dengan sebab dia makan,maka dia akan kenyang jika dia makan,dan ditaqdirkan mendapat anak dengan bersetubuh,begitulah juga halnya ditaqdirkan masuk syurga dengan amalan-amalan soleh,dan masuk ke neraka pula dengan amalan-amalan dosa dan maksiat…dan inilah yang telah dilupai oleh si penyoal!!
Maka wahai saudaraku sekalian,doa itu merupakan suatu sebab yang paling kuat untuk memperoleh sesuatu yang dihajati,dan jikalau sudah ditaqdirkan sesuatu yang dihajati itu dengan berdoa,maka tidak bolehlah seseorang itu mengatakan : Tiada faedahnya pada berdoa itu,seperti dia berkata : Tiada faedahnya pada makan itu!! dan ketahuilah bahawa tiada suatu sebab pun yang lebih bermanfaat selain berdoa dan doa!!
Sesungguhnya para sahabat radiallahu anhum merupakan kaum yang paling mengetahui tentang Allah dan RasulNya dan yang paling arif tentang agama mereka,contohnya Umar Bin Al-Khattab radiallahu anhu dapat mengalahkan musuhnya dan merupakan di antara tentera baginda nabi yang agung,dia pernah mengatakan kepada para sahabat :
لستم تنصرون بكثرة وانما تنصرون من السماء
Bermaksud : Bukanlah kalian sendiri yang mengalahkan musuh sebenarnya,tetapi ianya hanyalah bantuan dari langit!!
Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya aku tidak risaukan doa aku dimaqbulkan atau tidak,tetapi apa yang aku risaukan adalah doaku,jikalau kalian risaukan keadaan doa kalian,sesungguhnya maqbul itu pasti datang bersama!!”