Saturday, January 28, 2012

Wanita ibarat ikan


“Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum

Thursday, January 19, 2012

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. Si dia akan sentiasa menghantar SMS dan call..wlpan tidak dibalas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…mengambil berat kesihatan kamu..juga mengambil berat akan tingkah laku kamu. Si dia sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jangan lah fikir bhw si dia tidak menerima diri kamu seadanya tetapi fikirlah bhw si dia mahukan yg terbaik utk diri kamu juga.
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Tapi ingatlah bhw berckp psl masa depan adalah sesuatu yg berat kerana jodoh kita telah ditentukan sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Jadi kita kenalah berusaha dan terus berdoa semoga si dia adalah jodoh kita yg berkekalan.

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan marah yg meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan ORANG LAIN. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Mungkin kadang2 si dia dahagakan perhatian dari kamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Merajuk tidaklah hanya khusus utk wanita sahaja ye..

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek dan bertudung singkat.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, January 17, 2012

Cantik dan Macho

Ali : Hey Mat, tengok awek tu..cantik seyy

Muhammad : Mana? Mana? Tu ke?

Ali : Yang pakai baju corak batik tuh.

Muhammad : Tuh? Erm...biasa je aku tengok. Cantik ker?

Ali : La..cantik le tu. X cantik ke? Pelik la taste ko ni.

Muhammad : Ada ckp cmtu. Cantik tu subjektif okey. X semestinya cntik di mata ko cntik di mata aku. Pada aku cantik tu yg pakai tudung labuh, baju labuh dan siap tutup kaki. Lain
org lain la perspektif cantiknye.

Ali : Okey..okey. Ko ni...asyik nk berceramah je. Dah jom makan...kang lambat kite gi kelas.

Kesimpulan daripada cerita ini, cantik tu merupakan suatu yg subjektif. Ianya bergantung kpd cara individu tersebut mentakrifkannya. Ada yg rasa kulit putih tu cantik dan ada juga yg rs kulit gelap lagi cantik. Sama juga macam macho. Ianya bergantung juga pada perspektif individu tersebut. Jadi jangan la rasa apa yg kita rs cantik tu, cantik juga dimata orang lain yer.

Friday, January 13, 2012

so close, yet so far..


At this moment, there is only one thing that i really want..happiness. Happy like others. Can i grab that? or am i not destined to stay with happiness for a long period?

i'm tired..i know, so do you.
Why we always fail. Do we ever try? Maybe we don't have the determination.