Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan
PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan
Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu :
Persediaan
Peringkat Awal
Iaitut
persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan semasa di
dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran dan membuat
nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika ada masalah.
Persediaan
Peringkat Pertengahan
Iaitu
kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar membaca balik
semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta yang penting
sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan pelajar
mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang diingati.
Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan ingatan, cuba
berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan lepas bagi
membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan
Akhir
Iaitu
seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas. Pastikan anda
mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas seharusnya
mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang boleh sehingga
anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan lengkap.
PERSEDIAAN MENTAL
Malam
Peperiksaan
Pastikan
anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
Kumpulkan
keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris,
kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah
diingati.
Kuatkan azam
dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum
Peperiksaan
Jangan lupa
ambil sarapan pagi
Datang awal
ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan.
Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Sebaik-baiknya
jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke
dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
Berdoalah
agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Masuklah ke
dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
Pastikan
tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
Dengar
arahan pengawas peperiksaan.
Pastikan
kertas soalan anda itu lengkap.
Lihat semua
soalan.
Tandakan
semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
Tuliskan
isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
Mulakan
soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
MENJAWAB SOALAN
Soalan
Objektif
Bahagikan
masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan
ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan
ialah 1 minit 30 saat.
Baca soalan
dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan
sebagainya.
Lihat semua
pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang
tinggal adalah jawapannya.
Pastikan
jawapan ditanda pada petak yang betul.
Jawab soalan
yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali
semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan
jawapan yang anda rasa yakin.
Jika ingin
mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok.
Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
Pilih soalan
yang paling banyak isi
Kenalpasti
bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
|
PENERANGAN
|
Huraikan
|
penerangan terperinci
dan jelas
|
Bincangkan
|
kemukakan kebaikan dan keburukan serta
kesan-kesan
|
Ertikan
|
maksud yang jelas
tentang sesuatu istilah
|
Namakan
|
tulis nama-nama tertentu atau label
|
Bandingkan
|
faktor yang sama dan
tidak sama
|
Bezakan
|
faktor yang tidak sama
|
Jelaskan
|
terangkan supaya
mudah difahami
|
Definisikan
|
takrif tentang istilah/frasa dan
bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
|
Kritik
|
penilaian dan
pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan
bukti-bukti sendiri
|
Analisiskan
|
idea utama, pertalian dan anggapan
serta kepentingan
|
Ilustrasi
|
rajah atau carta
untuk menerangkan sesuatu
|
Mulai
menjawab dengan tenang
Jawab semua
soalan yang ditetapkan.
Panjang
jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak
dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah
yang bernas.
Jawab soalan
mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
Selalu
merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari
tajuk.
Setelah
selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan
yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak
jelas.
Tulisan
mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
Tulisan yang
jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan
yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang
anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan.
Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.
No comments:
Post a Comment