Monday, August 27, 2012

Memilih pasangan hidup


"Memilih pasangan hidup hampir ada persamaan dengan memilih durian. Perlu berhati-hati agar tidak terkena duri yangg tajam. Jangan hanya melihat kulit yang cantik dan bau yang harum saja kerana isinya mungkin tidak elok.
Perbezaannya memilih durian tidak perlu istikharah, tetapi memilih pasangan amat penting beristikharah memohon petunjuk dari Allah. kalau terbeli durian kurang baik, masih boleh dibuat tempoyak. Tetapi kalau tersilap pilih pasangan hidup....mungkin ada yg menangis tidak berlagu."


Jodoh itu ketentuan Allah... Sekiranya itu bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita berusaha dan sehebat mana pun kita pertahankan... Kita hanya merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya itu jodohnya, sekuat mana pun kita mengelak, akan tetap bersatu.



"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - (Surah Ath-Thalaq, 65: 3)




p/s: entry ini ditujukan kepada semua pembaca khasnya kepada diri orang yg post ni.


Sunday, August 26, 2012

Ujian tidak pernah berhenti

Kehidupan di dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal selama-lamanya. Inilah ayat yang sering didengar dari mulut khatib yang membaca khutbah.

Dunia adalah tempat kita di uji. Ujian yang dihadapi berbeza utk setiap orang. Ujian tidaklah datang dalam bentuk kesusahan sahaja malah ia juga dtg dlm bentuk kesenangan. Sebagai contoh, manusia yang memilki wang ringgit yang banyak, dia sedang di uji oleh Allah akan penggunaannya terhadap nikmat  (wang ringgit) yg diberi sama ada dia menggunakannya di jalan yg diredhai Allah atau sebaliknya.

Ujian yg dtg boleh mengingatkan manusia akan urusannya dengan Allah supaya manusia sentiasa ingat bahawa sekiranya urusannya dengan Allah selesai maka urusan dia dengan mahkluk juga akan selesai.

Kadang2 kita buat mcm2 perancangan tetapi ianya tidak berakhir seperti yg kita inginkan. Ingatlah bahawa manusia hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan dan Allah adalah sehebat-hebat perancang dan penentu.



Ada masa kita ingin luahkan sesuatu kepada seseorang tetapi keadaan dirasakan tidak sesuai, Kita plan utk rapat dengan dia tapi kita takut sekiranya dia tidak selesa. Dalam ms yg sm juga kita takut orang itu smkin jauh dan mmbuatkn keadaan bertambah tidak sesuai utk kita luahkan perkara tersebut. Masa ini lah kita meminta pertolongan daripada Allah. Adakah kita lupa bahawa Allah yang mencipta kita dan insan tersebut? Maka sudah pasti Allah lebih mengetahui mana yang terbaik utk kita dan insan tersebut.