Sunday, August 26, 2012

Ujian tidak pernah berhenti

Kehidupan di dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal selama-lamanya. Inilah ayat yang sering didengar dari mulut khatib yang membaca khutbah.

Dunia adalah tempat kita di uji. Ujian yang dihadapi berbeza utk setiap orang. Ujian tidaklah datang dalam bentuk kesusahan sahaja malah ia juga dtg dlm bentuk kesenangan. Sebagai contoh, manusia yang memilki wang ringgit yang banyak, dia sedang di uji oleh Allah akan penggunaannya terhadap nikmat  (wang ringgit) yg diberi sama ada dia menggunakannya di jalan yg diredhai Allah atau sebaliknya.

Ujian yg dtg boleh mengingatkan manusia akan urusannya dengan Allah supaya manusia sentiasa ingat bahawa sekiranya urusannya dengan Allah selesai maka urusan dia dengan mahkluk juga akan selesai.

Kadang2 kita buat mcm2 perancangan tetapi ianya tidak berakhir seperti yg kita inginkan. Ingatlah bahawa manusia hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan dan Allah adalah sehebat-hebat perancang dan penentu.



Ada masa kita ingin luahkan sesuatu kepada seseorang tetapi keadaan dirasakan tidak sesuai, Kita plan utk rapat dengan dia tapi kita takut sekiranya dia tidak selesa. Dalam ms yg sm juga kita takut orang itu smkin jauh dan mmbuatkn keadaan bertambah tidak sesuai utk kita luahkan perkara tersebut. Masa ini lah kita meminta pertolongan daripada Allah. Adakah kita lupa bahawa Allah yang mencipta kita dan insan tersebut? Maka sudah pasti Allah lebih mengetahui mana yang terbaik utk kita dan insan tersebut.


3 comments:

  1. yakinlah Allah sentiasa menentukan yang terbaik untuk kita :)

    insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. betul tu..tp hati manusia sering terusik apabila hasrat tdk dipenuhi.

    semoga Allah sentiasa mendamaikan hati kita :)

    ReplyDelete
  3. Adelah lbh baik memohon doa kpd allah supaye dijauhkan maksiat. Slalunye bile dh rapat2 nie akan ade yg ktiga nk rapat2 jugak iaitu syaitan, musuh no satu

    ReplyDelete