Monday, April 29, 2013

May - Hectic Month

Task
Due Date
IT Project
Full Report
28 May
ISMS
Talk Assignment
Just Do It
Research Methodology
Proposal 5 pages
8 May
Cryptography
Quiz on CRT and RSA
8 May
RA
Read about patient privacy issue
Just Read It



Sunday, April 21, 2013

Seindah Sunnah


Minggu lepas aku ngan mak aku pergi kuliah maghrib di masjid kampung arwah ayahanda. Dalam ceramah tu, penceramah menyentuh isu penyatuan pakatan rakyat. Penceramah mengaitkan dengan kisah piagam Madinah dimana Rasulullah SAW diangkat menjadi ketua kerajaan, memimpin 5 kaum (2 kaum islam dan 3 kaum bukan Islam). Inilah yang ditunjuk oleh baginda Rasulullah SAW. Penceramah menekankan penyatuan tersebut adalah salah satu langkah yang baik untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam.

Penceramah juga berkongsi pengalaman dimana beliau dijemput oleh parti bukan Islam untuk memberi ceramah dihadapan hadirin bukan Islam. Sangat terharu kerana sebelum ini, penceramah hanya berceramah dihadapan mereka yang jelas keislamannya tetapi kali ini beliau berceramah dihadapan mereka-meraka yang bukan Islam. Kita sangat lemah untuk berdakwah kepada mereka yang bukan beragama Islam tetapi dalam kes ini, pemimpin bukan Islam sendiri menjemput penceramah untuk memberikan ceramah. Subhanallah..

Saya ada terbaca komen mereka yang bukan beragama Islam di facebook. Mereka berkata yang mereka bukan Islam tapi mereka sokong PAS. Mereka dapat melihat keindahan Islam yang diterapkan dalam PAS.


Semoga Allah sentiasa memberikan nusrah kepada mereka yang ingin menegakkan Islam.

Friday, April 19, 2013

Selamat Tinggal Hobi


Apabila sesuatu yang disukai ditegah daripada menghampirinya, kita akan berasa geram dan sedih. Bergantung dengan cara masing-masing, ada yang memilih jalan untuk melepaskan perasaan itu dengan cara memberontak. Walaupun individu itu tidak tahu apa yang ingin dimarahnya, dia tetap memilih untuk melepaskan geram itu pada orang-orang sekelilingnya.

Selamat Tinggal MASUM..Selamat Tinggal Silat..Selamat Tinggal Hobi..

Friday, April 12, 2013

Dermasiswa

Dermasiswa ialah satu program bantuan untuk bekas atlet johor yang melanjutkan pelajaran di peringkat kolej atau universiti. Bantuan adalah dalam bentuk wang ringgit. Alhamdulillah permohonan aku berjaya dan aku baru sahaja selesai menghantar borang perjanjian ke pihak Majlis Sukan Negeri Johor. Semoga semuanya berjalan lancar.

Wednesday, April 10, 2013

Rukun Qauli dalam solat


Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]

Saturday, April 6, 2013

All about food

I want to have these:

1. Pizza Hut



2. Burger King


3. Baskin & Robbin



To my friend who always accompany me..get prepare. ;)

Friday, April 5, 2013

Midterm Break


Midterm break started. It doesn't mean break from study. It only means 1 week break from classes. After the break, I have 4 midterms. So I design special schedule for my midterm break.