Minggu lepas aku ngan mak aku pergi kuliah maghrib di masjid
kampung arwah ayahanda. Dalam ceramah tu, penceramah menyentuh isu penyatuan
pakatan rakyat. Penceramah mengaitkan dengan kisah piagam Madinah dimana
Rasulullah SAW diangkat menjadi ketua kerajaan, memimpin 5 kaum (2 kaum islam
dan 3 kaum bukan Islam). Inilah yang ditunjuk oleh baginda Rasulullah SAW.
Penceramah menekankan penyatuan tersebut adalah salah satu langkah yang baik
untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam.
Penceramah juga berkongsi pengalaman dimana beliau dijemput
oleh parti bukan Islam untuk memberi ceramah dihadapan hadirin bukan Islam.
Sangat terharu kerana sebelum ini, penceramah hanya berceramah dihadapan mereka
yang jelas keislamannya tetapi kali ini beliau berceramah dihadapan
mereka-meraka yang bukan Islam. Kita sangat lemah untuk berdakwah kepada mereka
yang bukan beragama Islam tetapi dalam kes ini, pemimpin bukan Islam sendiri
menjemput penceramah untuk memberikan ceramah. Subhanallah..
Saya ada terbaca komen mereka yang bukan beragama Islam di
facebook. Mereka berkata yang mereka bukan Islam tapi mereka sokong PAS. Mereka
dapat melihat keindahan Islam yang diterapkan dalam PAS.
Semoga Allah sentiasa memberikan nusrah kepada mereka yang
ingin menegakkan Islam.
No comments:
Post a Comment