Sunday, July 7, 2024

 Hari ini hari Ahad cuti Awal Muharram. Waktu pagi bawa anak2 pergi berjalan2 di sekitar taman perumahan. Yusuf tak nak bawa basikal sebab nak elak jalan yang berbukit dan dia nak naik stroller. Malangkan stroller tu cuma boleh tampung bebanan sehingga 22 kg. Jadi memang tak boleh nk tampung berat Yusuf dan Idris kalau dua2 naik stroller. Yusuf sukar nk terima. Last sekali dia pilih jalan kaki.

Masa jalan kaki dia asyik cakap yang dia ada tahi hidung dan dia tak nak ada tahi hidung. Dia kata kalau buang nanti akan ada balik. Dia pun risau kalau buang tahi hidung tu boleh menyebabkan berdarah. Bila sampai playground, dia tak nak main. Kami terus balik dan dia masih bercakap pasal isu tahi hidung. Masa breakfast, tunjuk kat dia video Dr Binoc pasal hidung dan tahi hidung. Alhamdulillah dia nampak boleh terima. Akhirnya dia buang juga tahi hidung itu dan dia lega.

Kami bagi mommy tidur sampai pukul 11 pagi. Idris dan Yusuf breakfast telur rebus. Idris minum susu full cream sebelum tidur pukul 10 pagi. Masa mommy bangun tetap sakit kepala. Ingat lega bila dapat tidur lama.

Tengah hari masak bendi goreng dan ayam goreng. Petang masak masak lemak. Esok mungkin plan nk masak terung. 

Malam hantar Yusuf pergi mengaji. Hari Selasa dan Rabu ni ada training dia G Hotel Kelawai Penang. Kemungkinan Yusuf tak akan pergi sekolah sebab daddy dia tak dapat nak ambil masa balik sekolah.









Kenduri Kahwin

Semalam hadir 2 kenduri kahwin. Satu kenduri Luqman & Annisa di Megamall Penang. Satu lagi kenduri Syahmi (new officemate) di Taiping. Semoga semua pasangan bahagia sampai syurga.



Gambar di kenduri Syahmi


Friday, July 5, 2024

Volunteering Service

Tadi pergi SJKC Chung Shan Penang untuk event volunteering service Intel. Carpool with Ridzwan, Anas dan Amalina. Tengah hari makan berdekatan area UITM dan solat di Masjid Al-Huda Kelang Lama. Selepas solat Jumaaat, ada solat jenazah. Selepas tu, pergi ambil kerepok lekor daripada Amalina dan hadiah Syahmi di Kulim Utama (rumah kawan Wani)

Petang pukul 4 bawa Idris dan Yusuf main taman permainan di KTC 3. Pukul 4.48pm macam tu, balik rumah. Pukul 6.25pm macam tu, dtg taman permainan semula sehingga hampir pukul 7pm. 

Esok ada jemputan kenduri kawan office, Syahmi dan Luqman. Hadiah untuk Syahmi dah standby dalam kereta. Hadiah untuk Luqman tak balut lagi.

Boleh tak stress macam mana sekalipun, kita tegur orang dengan cara lemah lembut? Boleh ke kita terima teguran tanpa rasa stress? Persoalan ni bermain mungkin sehingga lena.