Friday, July 5, 2024

Volunteering Service

Tadi pergi SJKC Chung Shan Penang untuk event volunteering service Intel. Carpool with Ridzwan, Anas dan Amalina. Tengah hari makan berdekatan area UITM dan solat di Masjid Al-Huda Kelang Lama. Selepas solat Jumaaat, ada solat jenazah. Selepas tu, pergi ambil kerepok lekor daripada Amalina dan hadiah Syahmi di Kulim Utama (rumah kawan Wani)

Petang pukul 4 bawa Idris dan Yusuf main taman permainan di KTC 3. Pukul 4.48pm macam tu, balik rumah. Pukul 6.25pm macam tu, dtg taman permainan semula sehingga hampir pukul 7pm. 

Esok ada jemputan kenduri kawan office, Syahmi dan Luqman. Hadiah untuk Syahmi dah standby dalam kereta. Hadiah untuk Luqman tak balut lagi.

Boleh tak stress macam mana sekalipun, kita tegur orang dengan cara lemah lembut? Boleh ke kita terima teguran tanpa rasa stress? Persoalan ni bermain mungkin sehingga lena.




No comments:

Post a Comment