Saturday, June 12, 2010

cuti


Exam dah habis. Lega...lega rasanya. Harap2 dpt la pointer yg baik. Tapi kelegaan aku hanya seketika. Sekarang ni dh start cuti tapi aku belum check out apartment lg. Esok start hari yg penting buat aku. Ada something important yg aku kena handle.

Serius aku takut. X putus2 aku berdoa kpd yg Esa. Aku merintih diatas tikar sembahyang. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran. Cuti aku kali ini mungkin akan menjadi sesuatu yg bahagia atau sebaliknya.

Something will happen. Untuk semua, i'm very2 sorry.


Wednesday, June 9, 2010

~bila cinta~

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

Wednesday, June 2, 2010

exam lagi 9 hari


Pejam celik pejam celik sudah hampir berakhir special semester(short sem) aku dan lagi 9 hari exam ku. Exam aku 11hb, jumaat. Satu hari 2 paper. X sukanya. Pagi Jepun, ptg discrete.

Mcm mana persediaan aku? Aku x ready lagi la. Carry mark x tau lagi tapi aku expect aku bkn antara yang tinggi. Ramai la student pandai2 masuk kelas aku sem ni. Target aku 3.5 above. Doakanlah aku dapat mncapai target aku ye.


Monday, May 31, 2010

Siapa fikir dia selalu betul

Siapa fikir dia selalu betul? Dalam arus kemodenan ini, masih terdapat segelintir manusia yang asyik fikir dirinya selalu betul. Adakah anda salah seorang darinya? Saya mungkin pernah tergolong dalam golongan ini tapi itu dulu.
Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita disarankan agar sentiasa saling mengingati antara satu sama lain. Atas maksud ini, saya ingin menyeru kepada pembaca agar saling menasihati keluarga, sahabat handai dan sesiapa jua.
Perlukah kita nak gunakan kemarahan? Kemarahan bukan menampakkan kehebatan tetapi menampakkan kelemahan. Sebagai manusia ciptaan yang paling istimewa, kita di sarankan agar tidak menggunakan kemarahan dalam menasihati, menegur atau bercakap dengan orang lain.
Kalau kita mempunyai kawan atau manusia yang sentiasa fikir dirinya betul, tegurlah dengan lembut. Sesungguhnya kata-kata yang lembut lebih berkesan daripada kata-kata yang kasar. Tidak perlulah kita menurut nafsu amarah. Bertutur dengan kata-kata yang kasar hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Justeru itu, saya sekali lagi menyeru agar anda semua bertutur dengan kata-kata yang lembut. Jikalau saya ada melakukan silap, tegurlah saya dengan lembut. Saya akan menerima kata-kata yang lembut dengan hati yang terbuka dan saya bukanlah jenis yang selalu fikir diri ni betul. Sekian.

Sunday, May 30, 2010