Sunday, July 7, 2024

 Hari ini hari Ahad cuti Awal Muharram. Waktu pagi bawa anak2 pergi berjalan2 di sekitar taman perumahan. Yusuf tak nak bawa basikal sebab nak elak jalan yang berbukit dan dia nak naik stroller. Malangkan stroller tu cuma boleh tampung bebanan sehingga 22 kg. Jadi memang tak boleh nk tampung berat Yusuf dan Idris kalau dua2 naik stroller. Yusuf sukar nk terima. Last sekali dia pilih jalan kaki.

Masa jalan kaki dia asyik cakap yang dia ada tahi hidung dan dia tak nak ada tahi hidung. Dia kata kalau buang nanti akan ada balik. Dia pun risau kalau buang tahi hidung tu boleh menyebabkan berdarah. Bila sampai playground, dia tak nak main. Kami terus balik dan dia masih bercakap pasal isu tahi hidung. Masa breakfast, tunjuk kat dia video Dr Binoc pasal hidung dan tahi hidung. Alhamdulillah dia nampak boleh terima. Akhirnya dia buang juga tahi hidung itu dan dia lega.

Kami bagi mommy tidur sampai pukul 11 pagi. Idris dan Yusuf breakfast telur rebus. Idris minum susu full cream sebelum tidur pukul 10 pagi. Masa mommy bangun tetap sakit kepala. Ingat lega bila dapat tidur lama.

Tengah hari masak bendi goreng dan ayam goreng. Petang masak masak lemak. Esok mungkin plan nk masak terung. 

Malam hantar Yusuf pergi mengaji. Hari Selasa dan Rabu ni ada training dia G Hotel Kelawai Penang. Kemungkinan Yusuf tak akan pergi sekolah sebab daddy dia tak dapat nak ambil masa balik sekolah.









Kenduri Kahwin

Semalam hadir 2 kenduri kahwin. Satu kenduri Luqman & Annisa di Megamall Penang. Satu lagi kenduri Syahmi (new officemate) di Taiping. Semoga semua pasangan bahagia sampai syurga.



Gambar di kenduri Syahmi


Friday, July 5, 2024

Volunteering Service

Tadi pergi SJKC Chung Shan Penang untuk event volunteering service Intel. Carpool with Ridzwan, Anas dan Amalina. Tengah hari makan berdekatan area UITM dan solat di Masjid Al-Huda Kelang Lama. Selepas solat Jumaaat, ada solat jenazah. Selepas tu, pergi ambil kerepok lekor daripada Amalina dan hadiah Syahmi di Kulim Utama (rumah kawan Wani)

Petang pukul 4 bawa Idris dan Yusuf main taman permainan di KTC 3. Pukul 4.48pm macam tu, balik rumah. Pukul 6.25pm macam tu, dtg taman permainan semula sehingga hampir pukul 7pm. 

Esok ada jemputan kenduri kawan office, Syahmi dan Luqman. Hadiah untuk Syahmi dah standby dalam kereta. Hadiah untuk Luqman tak balut lagi.

Boleh tak stress macam mana sekalipun, kita tegur orang dengan cara lemah lembut? Boleh ke kita terima teguran tanpa rasa stress? Persoalan ni bermain mungkin sehingga lena.




Tuesday, April 26, 2016











Monday, May 18, 2015

New Department

After experienced career as software developer, I make a move, change to be a product engineer. Today is the first day and I am still not sure what I will do in my new career. Hope everything will be alright. Hopefully. Insya-Allah

Sunday, January 18, 2015

Jangan Riak

Aku dengar satu ceramah kt TV, ustaz tu nasihat supaya janganlah kita bersikap riak kerana semua yg kita dpt atau miliki tu semua milik Allah yg dipinjamkan kpd kita. Contohnya seperti kita dpt bangun mlm bertahajud dan subuh berjemaah. Ramai yg terlepas peluang hebat ni. Allah pilih kita. Tanpa izin Allah, kita pasti xde kekuatan utk lakukan ibadah tersebut. Kekuatan, keazaman, kemampuan, keinginan semua dtg daripada Allah. Sebagai hamba kita kenalah sentiasa memohon akan rahmat dan kasih sayang drpd Allah.

Saturday, January 17, 2015

Click...Teliti Pengajarannya

Korang pernah x tengok cerita Click? Aku baru tengok kali kedua kt TV. This time aku dpt menghayati moral cerita tu dgn lebih baik. Mungkin sebab dh nk kahwin. hehe...

Cerita tu pasal seorang ayah yg mahu mengawal hidupnya sendiri dgn menggunakan remote control. Si ayah ni mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Dia bekerja keras utk memberi kehidupan yg lebih baik kepada keluarganya. Dengan menggunakan remote tu, dia dpt mempercepatkan beberapa babak kehidupan yang tidak dia ingini seperti jatuh sakit, mandi dan bertengkar dgn isteri. Dia juga dpt mempercepatkan masa utk pergi ke masa dia dinaikkan pangkat.

Disebalik kelebihan yg dimiliki oleh remote tu, terdapat juga kesan buruk yg si ayah tu tahu setelah kesan tu dh berlaku. Si ayah tidak dpt menikmati byk waktu dgn keluarga dan kasih syg antara mereka hambar. Walaupun si ayah berjaya dlm kerjaya tapi dari sudut kekeluargaan, dia tewas. Tanpa dia sedari, dia terlalu taksub mengejar kejayaan dlm kerjayanya dan mengabaikan ibubapa, isteri dan anak2. Ayah dia meninggal diakahiri dgn kenangan sedih antara dia dan ayahnya. Dia telah bercerai dan isterinya telah berkahwin lain. Anak lakinya mengikut jejak langkahnya yg mana family bukanlah priority when it comes to work. Si anak perempuan menjadi liar atas kesan kurg didikan.

Di akhir cerita ini, si ayah berusaha utk memperbetulkan keadaan tetapi semuanya sudah terlambat. Dia jatuh sakit dan sempat meluahkan kata2 terakhir kepada anak lelakinya, "Family come first" kepada isterinya "Love you forever and ever".

Moral: Hargailah mereka disekeliling kita.