Saturday, January 17, 2015

Click...Teliti Pengajarannya

Korang pernah x tengok cerita Click? Aku baru tengok kali kedua kt TV. This time aku dpt menghayati moral cerita tu dgn lebih baik. Mungkin sebab dh nk kahwin. hehe...

Cerita tu pasal seorang ayah yg mahu mengawal hidupnya sendiri dgn menggunakan remote control. Si ayah ni mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Dia bekerja keras utk memberi kehidupan yg lebih baik kepada keluarganya. Dengan menggunakan remote tu, dia dpt mempercepatkan beberapa babak kehidupan yang tidak dia ingini seperti jatuh sakit, mandi dan bertengkar dgn isteri. Dia juga dpt mempercepatkan masa utk pergi ke masa dia dinaikkan pangkat.

Disebalik kelebihan yg dimiliki oleh remote tu, terdapat juga kesan buruk yg si ayah tu tahu setelah kesan tu dh berlaku. Si ayah tidak dpt menikmati byk waktu dgn keluarga dan kasih syg antara mereka hambar. Walaupun si ayah berjaya dlm kerjaya tapi dari sudut kekeluargaan, dia tewas. Tanpa dia sedari, dia terlalu taksub mengejar kejayaan dlm kerjayanya dan mengabaikan ibubapa, isteri dan anak2. Ayah dia meninggal diakahiri dgn kenangan sedih antara dia dan ayahnya. Dia telah bercerai dan isterinya telah berkahwin lain. Anak lakinya mengikut jejak langkahnya yg mana family bukanlah priority when it comes to work. Si anak perempuan menjadi liar atas kesan kurg didikan.

Di akhir cerita ini, si ayah berusaha utk memperbetulkan keadaan tetapi semuanya sudah terlambat. Dia jatuh sakit dan sempat meluahkan kata2 terakhir kepada anak lelakinya, "Family come first" kepada isterinya "Love you forever and ever".

Moral: Hargailah mereka disekeliling kita.


 

No comments:

Post a Comment