Wednesday, January 14, 2015

Mampukah Kita Diuji

Aku tertarik dengan kes artis2 korea lelaki yg bergaul bebas dgn perempuan2 muslim di Malaysia di atas pentas yg ditontoni oleh khayalak ramai. Sebagai orang Islam, kita pasti terkejut akan kes ini.

Ramai juga yang mengutuk perbuatan perempuan2 ini. Ya, mereka dianggap hina kerana tidak menjaga maruah sbgai seorang wanita. Mereka seakan-akan terpana dan tidak mempu mengawal perasaan.

Apa yang berlaku dpt menilai tahap keimanan seseorang itu. Dpt melihat perasaan takut seseorang itu terhadap Allah. Dpt melihat kedudukan Allah yg diletakkan oleh seseorang itu. 

Sejujurnya apabila melihat kes itu, aku terfikir, bagaimanakah aku sekiranya aku berada di tempat perempuan2 muslim itu? Aku memikirkan bagaimana jikalau aku berada di pentas dan wanita2 cantik seakan-akan mengodaku. Mampukah aku menghadapinya tanpa menimbulkan murka Allah? Aku takut. Aku sangat takut. 

Kita, diri sendiri dpt menilai tahap keimanan kita. Allah juga menguji hambaNya setaraf dgn iman yg mereka ada.  

Awasi langkah kaki, moga kita sentiasa dilindungi..



No comments:

Post a Comment