Saturday, April 2, 2011

JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Friday, April 1, 2011

nk turun berat

sebut je berat badan, mesti ramai yg mengambil perhatian. Berat badan akan menentukan bentuk badan dan bentuk badan adalah aset untuk tampil yakin. Mcm2 yg kita dgr dan lihat cara2 utk menurunkan berat badan sampilah ke pil2 dan minuman2 kesihatan.





Pada sy cara yg terbaik ialah:

1. doa
2. meninggalkan makanan berminyak
3. minimakan pengambilan gula
4. elakkan minum air sejuk
5. senam dgn kerap
6. pastikan waktu tidur teratur

Thursday, March 31, 2011

makanan favourite

ubi rebus cecah sambal tumis





p/s : pastikan ubi rebusnya xde kulit, lembut. Sambal tumis pedas2 manis..nyum2

Wednesday, March 30, 2011



apa yg anda fikir bila dgr 'cuti sem'?

a) nk gi mkn angin
b) nk tido sepuas2nya
c) bosan la cuti...
d) nk kerja cari duit

setiap org ada jwpn msg2 kn?
ak hbskn cuti ak dgn memerap dlm rmh ngadap laptop.
apa yg best ngadap laptop:

1. main dota
2. online..stalk manusia
3. tgk movie
4. update blog

impian ak sbenarnya nk hbskn cuti sem dgn mcm2 aktiviti tpi nmpk cm mustahil. So, lupakan je la...

Antara aktiviti2 yg ak nk buat ialah:

i) joging
ii) swimming
iii) jungle tracking
iv) shopping
v) training sparing
vi) holiday

ak ni suka aktiviti yg menggunakan fizikal walaupun ak x hebat.

Tuesday, March 29, 2011

serban???

Assalamualaikum...



apa yg anda rasa tgk gmbr diatas?
setiap org pasti ada pndapat masing2. Sy suka tgk orang yg bersih berserban. Muka dia nmpk tenang, sejuk mata memandang. Teringinnya nk pakai.
Alhamdulillah sekiranya seseorang itu cintakn sunah. Nk pakai serban ni bkn mudah tau. I mean, tanpa taufiq hidayah dari Allah susah nk pakai serban ni. Nk istiqomah lagi lah susah. Syaitan ni x henti2 mghasut kita. stiap kali nk amalkan sunah Rasulullah SAW ni, syaitan pasti akan mghasut. Mgkin terlintas prasaan malu utk pakai serban, rs x stail, rs mcm nk mnunjuk2. Ada yg fikir serban ni hanya utk golongan ustaz dan imam saja. Kalau mcm tu, rugilah golongan lain sbb gnjaran utk org yg pakai serban ni hebat. Kalau kita nk jinak2 diri dgn sunah ni, kita kena start dari skrg. Syaitan selalu hasut supaya kita menangguh2 dlm berbuat amar makruf.





Bkn tu je,
ada juga hasutan atau halangan dr org skliling dan persekitran. Dugaan yang dialami umat akhir zaman ni mmg mencabar. That's why gnjaran pahala yg diperoleh lbh byk daripada umat2 terdahulu. Utk menarik hati bbuat amal kita kena lah tahu kelebihan ssuatu amln itu.

KEnapa dianjurkan/ dituntut berserban ?

1. Untuk kemenangan n kemuliaan

-menurut Al- Hafiz Ahamd al-Ghammari dalam Mutabaqah Al Ikhtira'at Al Asruan Lima Akhbar Bihi Syed Al bariah, Nabi SAW bersabda,

" Serban itu kehormatan orang Mukmin dan kemuliaan orang Arab ( Islam). Apabila orang Arab (ISlam) membuang serban mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan dan kemenanan mereka "

Dalam hadis lain,
"Serban itu mahkota orang Arab, apabila mereka mnanggalkan serban bererti mereka telah menanggalkan kemuliaan, kehebatan dan kemenangan mereka "


Menurut sejarah, setelah Turki menakluk dan memerintah kebanyakan tanah Arab, maka tarbus telah mengambil tempat serban. Setelah mereka tangal serban diganti dengan tarbus, lalu datang penjajah Barat menjajah pula. Umat Arab pun setelah itu terus mnurut segala perangai penjajah Barat. mereka terus menggondol kepala tanpa apa-apa penutup kepala, mereka langsung meninggalkan tabiat Islam .

2. Untuk berbeza dengan orang bukan Islam

Org bkn Islam pun ade tradsi bertutup2 kepala ni gak. macam pakai topi, kopiah n macam serban Benggali punye. tapi bentuk n cara penutupan kepala dorang tu berbeza dgn org Islam.

Nabi SAW perintahkan supaya umat Islam membezakan bentuk penutup kepala kita dgn mereka2. Rasulullah SAW n para sahabat r.a dulu sume sangat berhati2 sekali bila masuk bab pakaian. Mereka akan pastikan agar orang-orang Islam tidak menyerupai orang bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun! Hatta dalam bidang pemakaian, tapi huhu..orang hari ni menyifatkan ini sebagai perkara kecil atau remeh-temeh..atau mungkin langsung tak pandang..

Cara pemakaian, aku tak berapa arif, sebab rasanye, pening jugak baca. Ada hadis, tulis pakai serban di atas songok (kopiah).. hmm..xdpt nak bayangkan camne. Jadinye, kalau nak pakai serban ikut cara Nabi, tanye la ust2 ek.. eden ni , sekadar nak naikkan semangat orang nak buat sunnah nabi n pakai serban jek.

hmm same gak macam tudung labuh. atau pun orang yang berpurdah ( tp yg ni ada perbezaan pendapat) . pakai labuh2 sebab nak bezakan antara orang bkn ISlam dgn ISlam. ISlam ada identiti yang tersendiri! Zahir je dah nampak! oh dier ni orang Islam! Itulah hikmahnyer..Itu baru namanyer SYIAR ISLAM.

3. Allah dan Malaikat berselawat ke atas orang yang memakai Serban
dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat.

Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya ;
Allah berselawat (memberi rahmat) dan para malaikat-Nya meminta ampun ke atas orang yang berserban pada hari Jumaat

" Malaikat berselawat yakni meminta ampun bagi orang yang memakai serban pada hari Jumaat"



4. Gandaan Pahala untuk orang pakai serban

Pengarang kitab Jawahir Al-Mauhub memetik sabda Nabi SAW, maksudnya

" Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu lebih baik daripada 70 rakaat sembahyang tidak memakai serban"

Dalam hadis lain,
" Solat dengan memakai serban pahalanya 10,000 kebajikan dan solat Jumaat berserban menyamai 70 kali pahala Jumaat "


Sesape yang memakai serban dgn niat utk meniru Nabi Muhammad SAW dan utk melahirkan dan menegakkan syiar Islam, pahala dier besar sangat2!!

Hadis riwayat Imam AlBaihaqi dari Al Hassan bin Qutaibah dari Ibnu Abbas r.a : sabda Nabi SAW;

" Siapa yang berpegang teguh dengan Sunnahu ( mengamalkan Sunnah Nabi SAW) ketika umatku telah rosak, baginya 100 kali pahala syahid "


Dalam hadis lain riwayat Attarmizi,

" Sesungguhnya kamu(sahabat-sahabat nabi SAW) berada di dalam masa yang sekiranya kamu meninggal sepersepuluh ( 1/10) daripada apa yang diperintahkan, nescaya binasa. Kemudian akan datang suatu masa (di akhir zaman) yang sekiranya di antara kamu ( kalangan umat Islam) beramal sepersepuluh (1/10) daripada apa yang diperintahkan ALLAH, nescaya ia terselamat "


Perkara Sunnah ni mungkin budah bagi kita akhir zaman ni nak tegakkan tanpa libatkan banyak belanja macam fesyen skrg. Kalau ikut fesyen yang dipakai cara Nabi SAW; berserban, berjubah.


Kadang2, kita selalu fikir pasal keuntungan dunia tapi takde pulak kita persoalkan keuntungan Akhirat yang akan kita dapat. Padahal akhirat tu yang patut kita persiapkan pakai serban.


Wallahu'alam.

Saturday, March 26, 2011

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing

Thursday, December 2, 2010

50 Langkah Menjadi Suami Mithali Langkah bestari suami mithali dari Dr. Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda
tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41.Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam